Tuesday, September 11, 2012

misteri part 2

...lepas aku tweet tadi

aku syak dia baca segala benda ni. tapi bila fikir semula,ni kali pertama aku tengok dia.kali pertama aku jumpa dia. dia bukan blogger.bukan rakan twitter dan seumpamanya.kami saling tidak mengenali dan aku terus syok sendiri.terus.

"lalu cinta kita bermula.dari mata turun ke jiwa.dari teman menjadi cinta.
dan berjanji untuk setia "

sekali lagi aku tweet.kali ni aku tak pandang dia.dan kemudian yana tegur,

"dari tadi dia tengok kau.senyum kat kau.korang berbalas tweet ke hape.
dia asek usha kau je. lama aku perhati."

dan aku,
m.a.l.u


sejurus kemudian.

KL sentral. stesen pertukaran.
aku turun,dia pun turun.

"jangan engkau jangan pergi.jangan tinggalku sendiri"

last aku tweet. dia pandang,aku pandang dan masing-masing diam.
dan akhirnya,

berpisah.berbeza haluan.
berpisah dengan seribu satu persoalan.ceh.

ini sambungan dari sini