Saturday, June 30, 2012

serius,aku ok je.

ada seorang kawan ni,

"hello iqa.nak tanya ni,hang simpan lagi tak resit audit rumah hari tu.sebab kolej minta aku resit tu sebagai bukti.blablablablabla"

"ah.yer yer.setelah 6bulan lama nya tak berhubung,hari ni kau call suruh aku cari resit yang entah ke mana tu.yer yer.aku cuba cari semula"

"tolong tau.kalau tak aku kena bayar balik bak hang.mampuih.blablablabla"

malam tu,
aku selongkar bilik segila gilanya.semua kotak buku yang dah di susun rapi,aku punggah satu persatu dan helaian demi helaian buku,aku selak satu persatu.hanya demi sehelai resit yang berharga rm293.lama mencari,nah!dah jumpa.

esok pagi pagi aku bangun,bersiap secomel comel,sempat juga capai minuman air masak yang sedia terhidang,lantas aku berlari lari anak mencari teksi untuk menghantar resit ke pejabat pos yang jauhnya mengambil masa 20minit.

malam tu,

"hello iqa.aku nak tanya ni,hang dah pos ka benda tu"

"ah.yer yer.telah aku pos kan pagi tadi.shah alam-hulu langat yang bersebelahan,aku gunakan pos berharga rm1.esok sampai.di jamin."

"ah.takde nya lah.kalau macam tu entah minggu depan ke bila baru sampai."

pap.telefon tiba tiba di matikan sebegitu saja.selepas 5minit,aku terfikir

1. masa yang aku habiskan sepanjang malam menyelongkar kotak kotak lama
2. masa yang aku habiskan bersiap dan keluar awal pagi berkejar untuk pos
3. masa yang aku pertaruhkan untuk menunggu teksi dan beratur lama di pejabat pos
4. masa yang aku perlukan untuk mengemas semula bilik yang dah bersepah

tak pe.aku okay saja. rakyat Malaysia memang sukar lafaz kan Terima Kasih.