Thursday, May 17, 2012

kawan yang annoying

dulu aku ada kenal dengan seorang rakan ni yang mana pada mulanya aku rasa dia okay la.dia meng-offer-kan diri untuk menjadi kawan sejak dia tersalah emel ke nombor entah macam tu.lupa (entah ye tah tak). pada mula nya okay je aku kawan dengan dia.borak hal study,kawan kawan dll.tapi lama lama aku jadi tak selesa dengan dia.sebab? :

1. 24jam dia akan mesej aku.dari pagi ke petang hingga ke malam dan hingga ke pagi semula.
2. kalau aku tak reply,ada je ayat sentap dia nak bagi.
3. kalau aku cakap "oh,busy hari ni.tak cek fon" macam tu je pun dia dah menangis air mata darah .
4. dia jenis suka paksa aku call dia.wth.perlu ke call dan dia tu sangap apa lak nak aku call kan?
5. kalau aku buat tak layan dia,dia ugut nak smoke,clubbing,lari rumah.etc.wth.

dan sumpah aku tak tergoda.

ok.itu antara sebab kenapa aku jadi tak selesa bila dengan dia.dan hari demi hari aku akan menjauhkan diri dari dia.aku kawan dengan dia pun betul dalam sebulan macam tu kot.lepas tu aku off handphone.beruntung juga la sebab nombor yang aku mesej dia tu bukan nombor peribadi aku.so bila nak lari kan diri tu senang je la.hihi. dan sebab paling utama kenapa aku tak nak kawan dia lagi,kerana :

dia PEREMPUAN.
aha.ok.nampak janggal bila aku di perlaku kan begitu. -.-

pee ass : aku harap camy tak jeles dengan cerita silam aku ni.