Friday, April 20, 2012

tangisan.

secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30-64 kali dalam setahun berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam setahun.antara faktor menyebabkan seseorang menangis adalah :

1. hormon badan wanita terutama ketika haid yang menyebabkan sensitif dan mudah tersentuh
2. menangis senjata utama untuk melemahkan sesetengah pihak,dan cara ini akan di gunakan.
3. menggambarkan emosi keihlasan dalam sesuatu atau kejujuran.terharu mungkin.
4. di mana wanita lebih selesa menangis untuk melepaskan geram dari lelaki gunakan kekerasan.
5. apabila mengimbau kenangan kenangan lama yang buat hati teringat semula.


menurut Ibnu Qayim pula,terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia. :

1. menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. menangis kerana rasa takut
3. menangis kerana cinta
4. menangis kerana gembira
5. menangis kerana menghadapi penderitaan
6. menangis kerana terlalu sedih
7. menangis kerana rasa hina atau lemah
8. menangis untuk dapat belas kasihan orang lain
9. menangis kerana ikut ikut orang menangis (ni selalu time nak exam)
10. menangis orang munafik (pura-pura menangis)

"dan bahawasanya ,DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis-AnNajm:43"

pee ass : aku jenis yang cepat menangis dan banyak dan kerap dan selalu dan mudah.aiseh.
bila kali terakhir kalian menangis dan apakah punca nya?kongsi yuk!