Monday, April 16, 2012

amaran : entry beremosi.

eton dan peah baru memulakan persahabatan
pada suatu hari,eton dan peah mengalami salah faham (mahap ayat sengal)

walaupun begitu,mereka berjaya menyelesaikan dan kembali berkawan seperti asal dan berjanji berkawan hingga mati untuk hadap segala gelak tawa dan ludahan bersama.

eton kemudian nya terpaksa meninggalkan peah buat sementara kerana cintakan negara
sejurus tamat latihan,mereka kembali bersama dan menyambung segala gosip lama yang tergendala,dan mereka kini masing masing sudah tua dan melanjutkan pelajaran ditempat yang berbeza

atas persahabatan yang di lama terbina,eton dan peah memulakan drama air mata ketika berpisah kerana bimbang kan persahabatan mereka putus begitu sahaja.namun begitu,setelah kian lamanya,mereka tetap berhubung seperti biasa.

tidak lama kemudian,peah mula menjauhkan diri dari eton.mungkin kerana peah sebok selaku AJK Surau atau mungkin juga eton yang sebok bertugas ke sana ke mari.mereka mula renggang dan lama tidak merendek bersama.

pada suatu hari,peah dengan telus meluahkan isi hati atas sebab kerenggangan mereka terjadi. bagai sudah di duga eton,dia hanya redha kan diri dan menangis sendiri.

dan kini,eton melalui kehidupan seorang diri tanpa teman sejati di sisi lagi.

kawan senang dicari.sahabat sukar di ganti.kalau sejati,teruskan lagi.kalau tak sudi,sedia bawa diri.dan macam mana jauh nya kita,persahabatan dibina tetap terjalin dalam keikhlasan dan kerinduan.semoga kekal selamanya dan hargai selagi masih ada.

pesanan ikhlas : bukan dari petronas ok.terima kasih kepada yang menjayakan iklan ini.buat miratun madihah a.k.a eton,amalina rosli a.k.a peah dan amirul aqiim a.k.a bf dan tak lupa buat meowmeow saya yang turut menjayakan nya.yeayyy!