Monday, March 19, 2012

cukup berani?

keberanian itu bila seseorang yang tidak pernah keluar bandar sendirian dan cuba cuba untuk merayap seorang diri tanpa pengetahuan mana mana pihak.

keberanian itu bila seseorang di suruh sama ada berhenti ke kuliah atau teruskan belajar walau markahnya masih rendah.

keberanian itu bila seseorang yang di lamun cinta melamar dan meminta izin dari pihak orang tua untuk dapatkan restu bersama ke mana saja.

keberanian itu bila seseorang yang asek saja dibuli dan menjadikan hobi dengan menangis dan tiba tiba kuat unutk berlawan pertahankan diri.

keberanian itu bila seseorang melakukan perkara yang tak masuk akal untuk di lakukan tapi atas cabaran rakan rakan,dia laksanakan.

keberanian itu bila seseorang meniatkan sesuatu dan bersungguh akan tunaikan walaupun dia di bentangkan dengan pelbagai dugaan yang datang.


aku rindu kan keberanian satu ni.semakin lenyap bila dewasa.
mungkin sifat malu mula menguasai diri.

dan keberanian itu bila seseorang mengatakan tidak untuk benda yang tidak benar.dan akan mengatakan iya untuk benda yang benar.berani ke untuk jadi berani?