Wednesday, December 14, 2011

manusia dan tipikal nya.

masa nak UPSR,semua menggelabah.exam pertama kali kan.umur baru 12 tahun dan masa zaman zaman aku dulu,tak ada erti cuak cuak ok.kecik lagi masa tu gamaknya.lepas siap je paper UPSR, siap boleh senyum girang.

bila PMR,dah dewasa sikit.hati mula nak serius dan mula berdebar debar.konon takot lah kan.tapi bila dah lalui PMR,kahkah boleh ketawa besar siap kata "kacang je nih".Alhamdulillah.naseb baik lulus walaupun bongkak sikit -.-

bila nak SPM,kemain otak ni bekerja keras.yelah.ni penentu masa depan.kena buat elok elok.tapi tamat je SPM,jerit macam nak gila.sebelum jawab mengeluh takot dan susah,bila dah lepas,eksen pula :D

dan dan dan.tadi pagi.aku dah tempuh satu lagi peperiksaan yang lebih penting dan bakal menentukan masa depan aku.usaha dah buat.doa dah buat.kena tawakal dan doa lebih lebih sekarang ni.dan dan dan aku tak berani nak bongkak dan enjoy sangat macam zaman muda muda dulu.sebab sebab bab,result lama lagi nak dapat.dan dan dan aku dah buat yang terbaik dan harapkan keputusan yang terbaik juga.amin.


tak sangka dah habis belajar.lepas ni tak ada lagi hasil seni lukis dalam class time lecturer dok bebel -.- dan,aku dah dewasa rupanya.ishh.