Thursday, November 3, 2011

stalker yang caring.

kau tahu,kau lah yang banyak ceria kan hidup aku.selalu hadapi susah senang bersama.selalu temani aku.kita selalu bergosip bersama.buka magazine tunjuk itu ini milik kita berdua.kongsi masalah yang tak pernah henti.berceloteh dalam telefon hingga ke pagi dan merayap keluar berdua sentiasa.

tapi jujurnya aku tak suka bila kau mula jadi pemerhati tak bertauliah dalam hidup aku.jujur nya aku belum menjadi artis dan tak terlintas untuk menjadi artis dan tak perlukan kau juga sebagai paparazi mahupun wartawan hiburan tanpa pengiktirafan.kita kawan dan aku tahu setiap kawan adalah lawan untuk hidup seseorang.sama ada kita bersaing secara positif mahupun negatif ianya masih sama.di gelar lawan.macam yang aku kata,kawan ni didepan adalah duri,di belakang adalah api.tapi apa aku harapkan bukan lah kau menjadi si talam.tapi semakin hari kita berkawan, semakin bosan aku dengan sikap kau.nah,siap hipotesis aku!

antara teman yang setia menemani di bilik air.barulah tak takot nak mandi.ahaha

pee ass : atau mungkin kau minat aku?cis,berdosa lah.