Friday, October 21, 2011

masa lalu

peah :"kalau lah aku tahu sekarang ni susah,mesti aku belajar pandai pandai dulu"
joyah :"ish,lambat nya class hari ni nak habis.cepatlah..lapar ni dohh"


aku bet ramai yang nak undur kan masa dari cepat kan ia bukan.tapi dalam hal kawen mesti semua berharap cepat cepatlah ia berjalan.kan?gatal.tapi dalam hal yang penuh pengajaran,mesti kita berharap masa itu boleh di undur supaya kita boleh memperbaiki kesilapan lama dan padamkan kejahilan yang pernah buat.hmm.mungkin.

masa lalu banyak mengajar untuk jadi lebih dewasa.pengalaman tak boleh di beli dengan wang ringgit mahupun rupiah.kalau orang kata masa lalu kau sangat teruk dan malang,ah,persetankan saja kata mereka.asal tak ulang kesilapan lama dah lah.kalau boleh aku nak padam semua kenangan masa lalu jauh jauh dan mulakan lembaran baru hari ini dengan cerita cerita yang seronok saja.mungkin cerita dongeng juga.tapi kadang kala aku rasa macam nak masa cepat cepat berlalu sebab aku dah tak sabar nak rasa stages seterusnya.bukan saja kawen,kerja,bercucu cicit, malah tak sabar untuk melengkapkan diri menjadi orang berguna.

hari jumaat memang penuh dengan entry renungan.haha.