Friday, May 6, 2011

istidraj

salam readers. petang petang jumaat ni barulah aku nak berceramah.sebok semua dah lepas.sempat la juga nak update ni. lepas lepas musim test ni,macam macam persoalan yang sering aku ungkai kan.aku,alhamdulillah boleh jawab ;)

pernah terfikir macam mana seseorang yang tak pernah mengingati Allah, sama ada dengan bersolat, berdoa dan sebagainya tapi masih boleh mencapai kejayaan dan kebahagiaan? itu lah yang di namakan istidraj.

istidraj adalah keadaan apabila manusia itu dilimpahkan dengan segala kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesengana dan sebagainya walaupun dia bukan lah hamba Allah yang taat bahkan seringkali melakukan maksiat dan sebagainya.Istidraj adalah apabila Allah menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh daripadaNya.

serious,kadang kala aku selalu mendengar kan ayat poyo ni : " aku tak sembahyang pun, tapi boleh juga berjaya .siapa kata solat tu boleh bawak kejayaan ?" kau pun mesti ada dengar ayat2 lain kan. dan itulah yang di panggil istidraj. membangga kan diri. bagi mereka yang seringkali dalam kegagalan. itu semua adalah ujian dari Allah.jangan pernah lupakanNya. kerana keimanan dengan Allah adalah perkara pertama yang diperhati. teruskan usaha dan berdoa kepada pencipta.

"sesungguhnya orang yang sombong dan takbur dari beribadat kepadaku, akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina " -surah al ghafir : ayat 60-
renung renung kan dan selamat beramal.

p/s : aku harap tak ramai yg give up bila gagal lepas ni.
dan tak kan ada yang berwas was terhadap tuhan.