Saturday, January 8, 2011

apa apa aje kebaikan coca cola

oke.mesti ramai yang suka coca cola kan. tak.aku tak suka.semua air bergas das memang tak layan. tapi kadang kadang kala bila kaya sikit memang mula berlagak riak beli air air coke ni. walhal bukan untuk di minum.tapi cuci tandas.

1. ok.percaya ke tak,cuba masukkan tulang dan rendam dengan coke.dalam masa dua hari confirm tulang tu akan rapuh/tak ada da.nak buat sup boleh guna cara ni ye.

2.untuk memcuci tandas : guna kan 1 tin coke dalam masa 1 jam try flush.peh. berkilau kilau dengan muka kau sekali nampak. boleh di jadikan bahan untuk mencuci.kalau untuk cuci badan boleh tak agak agak?

3. cuba lap kan karat karat dekat kereta dengan aluminium foil yang di celup dengan coke.
kesan nya,kereta menjadi sangat baru nanti.sila try sebelum bawak awek keluar.

4. untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru atau nat bateri kereta,tuang kan saja 1 tin air coke,pastiiii hilang.

5. boleh di guna kan untuk melonggarkan bahan seperti skru. tuang setin je nanti segala yang ketat akan longgar.erkk ;D

6. untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian. rendam kan setin coke bersama sabun pencuci,kemudian cuba cuci .confirm hilang weh..dah jimat tak payah guna vanish bagai. lepas basuh baju,terus minum.air sabun berperisa coke.sedap.

7. cermin kereta berdebu?behabuk? celupkan tuala dengan air coke.peh..memang jelas gila time drive nanti.

8. bahan dalam coke adalah phosphoric acid. kalau di rendam kan paku dalam air coke,dalam masa 4 hari je lebur la. ni untuk kilang2 perwaja/besi mesti suka.  

9. para pengedar coke sendiri telah menggunakan coke untuk mencuci bahan2 dalam kereta sejak 20 tahun.kena try juga ni la.

10. kandungan gula dlm coke adalah 18 sudu. cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula. mesti termuntah2 tapi cuba tambahkan citric acid,mesti tersenyum lebar. macam minum kopi perasa coke.sedap.?

apa je lagi pasal coke.

coke membawa maksud cocaine.asalnya ia dicipta untuk menghilangkan letih para pekerja buruh.tapi sekarang, budak yang tak sekolah pun dah minum.

kalau anda tak suka minum kopi tapi suka coke,sama je.!dua dua dari caffeine juga.

di india pula,para peladang menggunakan coke sebagai bahan semburan untuk membunuh serangga perosak.erk..mesti terasa manis manis pedas je kalau cili di sembur.

jadi,sambil sambil kita minum coke tu boleh la lap kereta,cuci tandas,sembur ladang ladang dan segala nya.jimat kos dan masa.seribu dalam satu.haha.tapi tolong la jangan minum kalau sayang nyawa.